Siapa Saya


Salam sejahtera,,. Saya Am, Freelance Web Designer. Saya mengambil masa yang terluang ini untuk mengajak tuan/puan membuat blog perniagaan di web hosting yang percuma iaitu blogger (juga dipanggil blogspot). Tiada yuran bulanan dikenakan untuk membuat blog perniagaan disini. Dengan adanya blog perniagaan, setiap pelanggan dengan mudahnya melihat barang-barang yang diniagakan. Disini, anda dapat menjimatkan masa untuk memberi penjelasan kepada pelanggan-pelanggan anda.

Tujuan saya adalah untuk membantu tuan/puan dalam mengembangkan perniagaan kerana telah ramai pengguna internet yang menggunakan blogger sebagai platform perniagaan mereka. Bagi peniaga yang baru, cukuplah blogger sebagai pilihan pertama untuk dijadikan platform perniagaan anda. Setelah perniagaan anda maju. Anda berhak untuk berubah kepada hosting berbayar. Semuanya adalah pilihan anda. Namun demikian, apa yang boleh saya nasihatkan kepada anda adalah mulakan perniagaan anda dengan hosting yang percuma.

Ikhlas,

Am (Pakar Blog)